Selasa, 6 November 2007

Keselamatan Ditangan Anda


KESELAMATAN ELEKTRIK DI TANGAN ANDA!


Palam Kuasa 3 Pin, Palam Kuasa 2 Pin

Bagaimana Peralatan elektrik DikelaskanTerdapat dua (2) kelas peralatan elektrik yang digunakan secara meluas di negara ini. Ia dikelaskan berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan rekabentuknya.
Apakah Peralatan Elektrik Kelas 1Peralatan elektrik kelas 1 melingkungi semua alat elektrik yang badannya dibuat daripada logam. Semua peralatan jenis ini mestilah disambungkan ke punca kuasa menggunakan wayar mudah lentur 3 teras (gambar 1) iaitu wayar hidup (coklat) dan wayar neutral (biru) yang diperlukan untuk membolehkan peralatan elektrik berfungsi.Wayar bumi (hijau/ kuning) pula diperlukan untuk memastikan arus bocor tidak mengalir ke tubuh pengguna, tetapi terus ke bumi apabila terjadi kerosakan seperti wayar hidup tersentuh pada badan logam peralatan tersebut. Ini boleh menyelamatkan pengguna dari renjatan elektrik.


Cara Sambungan Palam Kuasa 3 Pin Dan Wayar 3 Teras Dengan Betul
1. Sambungan hendaklah dilakukan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar 1 di mana semua kod warna hendaklah dipatuhi.
2. Pastikan semua skru diketatkan dan tiada dawai pengalir yang berlebihan yang boleh mengakibatkan bersentuhan di antara satu sama lain seperti gambar 2.
3. Pastikan pengikat wayar 'Cord grip' digunakan untuk mempastikan wayar mudah lentur tidak tertanggal di palam kuasa.

PERHATIAN!!
1.Jika wayar mudah lentur anda mempunyai kod warna yang berlainan, sila hubungi pendawai yang bertauliah dan jangan sekali-kali melakukan penyambungan sendiri.


KEKUTUBAN YANG SALAH DI PALAM KUASA AKAN MENYEBABKAN RENJATAN ELEKTRIK

2. Jangan gunakan palam kuasa dan soket yang pecah kerana ia amat bahaya terutama pada kanak-kanak (gambar 3).
3. Gunakan palam kuasa yang diluluskan oleh ST iaitu yang telah diuji SIRIM dan ada label SIRIM (gambar 4).
4. Pastikan dawai pengalir dipotong pendek ketika membuat sambungan dan tidak mencacatkan sambungan lain.
5. Pastikan peralatan elektrik yang bersuhu tinggi semasa digunakan seperti periuk nasi, seterika dan pembakar roti mempunyai wayar tahan panas bersalut kain (gambar 1).
6. Elakkan menggunakan berbagai peralatan elektrik di satu punca yang sama terutama peralatan elektrik yang berkuasa tinggi seperti seterika, periuk nasi dan pembakar roti (gambar 5).
7. Jangan sekali-kali mengunakan dawai untuk menggantikan fius di dalam palam kuasa (gambar 6).
8. Jangan menyambung peralatan elektrik ke punca lampu.




Gambar 3: PALAM DAN SOKET PECAH

Gambar 4: BERLABEL KESELAMATAN


Gambar 5: JANGAN GUNA BEBAN BERLEBIHAN


Gambar 6: JANGAN MENGUBAHSUAI FIUS

Bagaimana Peralatan Elektrik DikelaskanTerdapat dua (2) kelas peralatan elektrik yang digunakan secara meluas di negara ini. Ia dikelaskan berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan rekabentuknya.
Apakah Peralatan Elektrik Kelas IIPeralatan elektrik kelas ll pada amnya ialah peralatan elektrik yang badannya dibuat daripada bahan-bahan bukan pengalir elektrik seperti plastik (gambar A). Terdapat juga peralatan yang badannya diperbuat daripada logam pengalir elektrik seperti video tetapi masih dikelaskan sebagai peralatan kelas ll (gambar B). Ini kerana ia mempunyai sistem penebatan berganda (double insulation) iaitu penebatan pertama membolehkan ia berfungsi dengan sempurna manakala penebatan kedua memastikan pengguna tidak tersentuh dawai pengalir elektrik jika terjadi kerosakan.
Cara Sambungan Ke Palam Kuasa 2 Pin
1. Kebanyakan peralatan elektrik kelas ll telah mempunyai palam kuasa 2 pin yang sedia terpasang di kilang sebelum dijual kepada orang ramai. Dengan itu pengguna tidak perlu membuat sebarang sambungan lagi.
2. Jika peralatan elektrik kelas ll tidak dipasang dengan palam kuasa anda boleh menyambungnya dengan palam kuasa 3 pin, PASTIKAN PIN BUMI TIDAK DISAMBUNGKAN.
3. Sentiasalah menggunakan penyuai atau adaptor (gambar C) yang diluluskan ketika anda menggunakan peralatan yang menggunakan 2 pin.
4. Palam kuasa yang mempunyai 2 pin nipis (gambar C.l) serta mempunyai dimensi yang berlainan dengan soket di rumah anda tidak boleh digunakan walaupun dipakai bersama penyambung palam (gambar C.ll) yang mempunyai dimensi yang sama dengan sistem yang ada.
5. Pastikan palam kuasa 2 pin anda mempunayi pin yang bersalut (gambar D)


Gambar A : Pengering Rambut (Kelas ll)



Gambar B : Perakam Video (Kelas ll)


Apakah Simbol Peralatan Kelas II Simbol peralatan elektrik kelas ll mempunyai simbol seperti yang ditunjukkan dalam gambar F.

Gambar C : Penyuai (Adaptor) (l) (ll)



Gambar D : Palam Kuasa Pin Bersalut



Gambar E : Penyuai (Adaptor)



Gambar F : SIMBOL Peralatan kelas ll


AMARAN !!!!
Pastikan penyambungan, pendawaian dan pembaikan dilakukan oleh orang yang berpengalaman serta bertauliah untuk menjamin keselamatan.

Jika Memerlukan Sila Hubungi kami

Kami sedia memberikan perkhidmatan dan pertolongan

Tiada ulasan: