Ahad, 4 November 2007

Ingin Tahu

Gunakan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK)
A. Apakah itu Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK)
Alat pencegah renjatan elektrikPemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK) adalah satu alat yang boleh dilindungi pengguna daripada renjatan elektrik. Alat ini MESTI di pasang di setiap pepasangan elektrik.

B. Apakah itu renjatan elektrik?
Pengaliran arus elektrik ke dalam tubuh manusia Renjatan Elektrik adalah di antara bahaya yang disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik. Ia berlaku apabila arus elektrik mengalir ke dalam tubuh seseorang apabila menyentuh atau terpegang:-
1. Wayar tanpa penebat atau penebatnya telah pecah yang dipanggil Sentuhan Langsung (Direct Contact) Lihat gambar B.
2. Peralatan elektrik yang telah rosak atau logam yang sedang mengalirkan arus elektrik yang dipanggil Sentuhan Tak Langsung (Indirect Contact) Lihat gambar C .


C. Bagaimana renjatan elektrik boleh berlaku?
Cuai dan kurang pengetahuanKebanyakan renjatan elektrik disebabkan oleh:-
1. Kecuaian

2. Sikap pengguna semasa mengendalikan peralatan elektrik
3.Peralatan elektrik yang tidak selamat, bermutu rendah serta tidak mendapat kelulusan dari
Suruhanjaya Tenaga.
4. Peralatan yang telah diubahsuai sendiri oleh para pengguna
5. Tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran yang cukup dan kesedaran tentang bahaya elektrik
.

Gambar C : Renjatan Sentuhan Tak Langsung
Gambar B : Renjatan Sentuhan Langsung

D. Dua jenis PLBK
Kendalian Voltan dan Kendalian ArusTerdapat dua cara PLBK berfungsi iaitu Kendalain Arus dan Kendalian Voltan. Terdapat beranika rupa bentuk untuk setiap jenis. Contoh PLBK Kendalian Arus adalah seperti gambar A. Manakala dua jenis PLBK Kendalian Voltan yang telah dimansuhkan adalah seperti gambar


KENDALIAN VOLTAN
E. Di manakah PLBK dipasang?
Di setiap rumah di papan suis utama PLBK mestilah dipasang di papan suis utama di setiap rumah seperti gambar D untuk mencegah kemalangan elektrik dan cara ini amat berkesan. Jika anda menggunakan alat Pemanas Air Elektrik. PLBK tambahan perlu dipasang khas untuk mengawasi pemanas air berkenaan. Cara ini lebih menjamin keselamatan keluarga anda.


F. Apakah PLBK yang sesuai dan selamat digunakan?
PLBK Kendalian Arus. Tukar dengan segera jika jenis lain. Beberapa tahun dahulu terdapat penggunaan PLBK Kendalian Voltan, tetapi penggunaannya kini telah dimansuhkan kerana ia didapati kurang berkesan. PLBK Kendalian Voltan hendaklah digantikan dengan PL Kendalian Arus dengan serta merta (gambar A). Perkhidmatan pendawai elektrik bertauliah atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah perlu untuk menukarkan PLBK ini, kerana PLBK Kendalian Arus adalah lebih peka kepada sebarang kerosakan pada pepasangan dan peralatan elektrik di rumah anda.

G. Bagaimana PLBK boleh menyelamatkan anda?
Memutuskan bekalan elektrik ketika berlaku kerosakan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK) adalah alat yang boleh mencegah berlakunya renjatan elektrik. Alat ini akan bertindak memutuskan bekalan elektrik ke rumah anda jika terdapat sebarang kerosakan pada pepasangan atau peralatan elektrik seperti kebocoran arus ke bumi melalui sentuhan wayar hidup ke rangka peralatan elektrik yang boleh mendedahkan pengguna kepada renjatan elektrik.Jika pendawaian di rumah anda tidak dipasang dengan sempurna atau anda menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah, mungkin terdapat kebocoran arus elektrik yang tinggi ke bumi. Ia boleh menyebabkan renjatan elektrik seperti yang diterangkan di atas dan juga boleh menyebabkan kebakaran jika keadaan ini berlanjutan di persekitaran yang sensitif dengan haba panas.

H. Bagaimana memastikan PLBK sentiasa melindungi anda?
Lakukan ujian PLBK setiap bulan. Jadikan amalan.PLBK perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan menekan Punat Tekan Uj. Apabila Punat Tekan Uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah anda akan terputus dengan serta merta. Ini bermakna PLBK di rumah anda berkeadaan baik dan boleh berfungsi. Jika tidak sila berhubung dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah perlu untuk menggantikannya dengan yang baru kerana ia tidak boleh diperbaiki. PLBK baru Kendalian Arus mestilah digunakan kerana PLBK Kendalian Voltan telah dimansuhkan dan tidak selamat.

I. Kadar dan Kepekaan PLBK
Sensitif dan berkesanTerdapat PLBK dengan kemampuan dan kepekaan yang berbeza mengikut penggunaannya:-
1. Untuk rumah kediaman biasa 40A/ 63A, satu fasa atau bergantung kepada keperluan bekalan dan keupayaan suis utama, kepekaan PLBK tidak melebihi 100mA.
2. Bagi pemanas air, perlu memiliki PLBK tambahan yang berasingan (selain dari 1 di atas) dengan kepekaan tidak melebihi 10mA adalah diperlukan.
3. Untuk beban yang lebih tinggi 100A, 3 fasa, kepekaan PLBK mestilah tidak melebihi 100mA.


J. Perbuatan yang mendorong berlakunya renjatan elektrik
Jangan lakukan jika tidak pasti dan pastikan jangan melakukannya jika tidak selamat.
1. Memperbaiki sendiri peralatan elektrik yang dimiliki tanpa pengetahuan yang cukup.
2. Membuat sendiri pendawaian/ penyambungan atau pendawaian dilakukan oleh orang yang tidak bertauliah.
3. Menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah dan tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan tidak mempunyai label SIRIM.
4. Menggunakan peralatan elektrik yang pecah, rosak dan telah diubahsuai.
5. Menggunakan peralatan elektrik degan tangan yang basah atau di tempat-tempat lembab seperti di bilik air.
6. Membiarkan kanak-kanak bermain dengan peralatan dan punca elektrik.
7. Mengubahsuai sesuatu peralatan elektrik dari rekabentuk/ tujuan asal.

K. Hindarkan kemalangan elektrik
Setiap pengguna elektrik mestilah lebih berhati-hati apabila menggunakan peralatan elektrik. Elakkan membuat pembaikan, pengubahsuaian tanpa kemahiran dan pengetahuan yang cukup. Jangan menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah dan sudah rosak. Pastikan semua ciri-ciri keselamatan dan alat perlindungan di rumah anda berada di dalam keadaan baik dan berfungsi seperti:-
1. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi
2. Fius-fius atau Pemutus Litar Kecil
3. Sistem dawai bumi
TENAGA ELEKTRIK ADALAH SELAMAT
JIKA DIGUNAKAN DENGAN BETUL

Tiada ulasan: