Jumaat, 14 Disember 2007

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakanciri-ciri keselamatan semasa musim tengkujuh yang kini melanda beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Peralatan elektrik
  • Gunakan peralatan elektrik dengan berhati-hati apabila paras air naik di dalam rumah anda;
  • Pastikan suis utama di premis anda ditutup, sekiranya anda diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara;
  • Pastikan tangan anda kering ketika menyentuh peralatan elektrik atau suis;
  • Semua peralatan dan pendawaian mestilah diuji dan dan periksa terlebih dahulu oleh kontraktor yang bertauliah sekiranya peralatan tersebut terendam semasa banjir.
Pepasangan TNB
  1. Untuk mengelakkan kemalangan elektrik, awasi tindak-tanduk anak-anak anda agar mereka tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus.
  2. Jangan baiki sendiri kerosakan pepasangan elektrik. Hindarkan dari mendekati pepasangan bervoltan tinggi dan pencawang-pencawang TNB sekiranya kawasan tersebut dinaiki air.
  3. Jangan hampiri wayar elektrik yang terputus atau mengalihkannya kerana ianya mungkin masih merbahaya.
  4. Sila hubungi segera pejabat TNB yang terdekatan atau Talian Khidmat TNB 15454 untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Tindakan TNB
  • TNB akan sentiasa mengawasi keadaan di setiap pepasangan TNB dari masa ke semasa. Sekiranya paras air mencecah paras yang membahayakan, TNB akan menutup bekalan elektrik ke pencawang, pepasangan dan wayar elektrik di kawasan terlibat untuk sementara waktu demi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Bekalan elektrik akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat.
Orang ramai boleh menghubungi pejabat TNB berdekatan atau menghubungi Talian Khidmat TNB 15454 untuk mendapatkan bantuan.

Tiada ulasan: